Hasil buruan rakyat pedalaman dirampas, netizen persoal mengapa tiada tolak ansur

Gambar Kredit Media Sosial

KUCHING— Tindakan penguatkuasa merampas hasil buruan penduduk pedalaman mencetuskan kemarahan ketika rakyat di negara ini bergelut dengan kenaikan harga makanan dan keperluan lain.

Hari ini, tular satu perkongsian di Facebook apabila seorang lelaki dikenali sebagai Jimmy Konggo meluahkan kekecewaanya terhadap penguatkuasa Sarawak Forestry Corporation (SFC) yang melakukan operasi di pedalaman untuk menangkap dan merampas hasil buruan penduduk.

Gambar Kredit Media Sosial

“Uji baya tangkap ba sungai..amat pama sida SFC datai ba kampung nangkap rakyat ngiga lauk,” katanya.

Dia turut berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan beberapa penduduk kampung sedang ditahan oleh SFC. 

Berdasarkan hantaran itu, SFC turut merampas motosikal, daging salai dan peralatan yang digunakan semasa memburu.

Di ruangan komen, netizen mempersoalkan mengapa tiada tolak ansur dan belas kasihan kepada penduduk di sana yang masih bergantung dengan hasil hutan untuk makanan.

Gambar Kredit Media Sosial

Mereka mempersoalkan kewajaran pihak SFC pergi ke kampung-kampung di pedalaman dan merampas sumber makanan, sedangkan ada lagi isu yang lebih penting untuk diberi perhatian seperti ancaman buaya yang kian berleluasa.

“Apa guna tangkap orang kampung yang sedang mencari lauk? Kalau ni memang cepat ya SFC. Kenapa tak tangkap buaya yang saban hari ada kes membaham manusia, kalau takda kerja pergilah tangkap buaya,” kata seorang netizen.

Gambar Kredit Media Sosial

“SFC melampau.., penduduk mencari rezeki pun ditangkap.

“Kayu balak udah maioh kena rompak nadai orang nangkap,ngiga lauk ditangkap. Mana pergi undang-undang negara. Terbalit betul ini macam.”

Dalam pada itu, seorang netizen turut menyalahkan segelintir penduduk yang gemar berkongsi hasil buruan di media sosial yang akhirnya membawa padah apabila kegiatan itu dikesan oleh pihak berkuasa.

“Salah sendiri, siapa suruh kongsikan gambar hasil buruan di Facebook”, katanya.
Next Post Previous Post