Hari terakhir daftar PADU, 10.85 juta individu sudah daftar setakat 12 tengah hari

KUCHING-- Hari terakhir menyaksikan seramai 10.85 juta orang daripada 30.08 juta rekod individu dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat tengah hari tadi.

Menerusi Facebook rasmi PADU, jumlah itu berdasarkan sumber data pentadbiran.

"Tahniah diucapkan kepada rakyat Malaysia yang telah berjaya membuat pengemaskinian maklumat dalam sistem PADU. 

"Sehingga 31 Mac 2024 jam 12.00 tengahari, jumlah rekod pengemaskinian maklumat individu adalah seramai 10.85 juta orang daripada 30.08 juta rekod individu dalam sistem PADU berdasarkan sumber data pentadbiran," katanya.

Hari ini merupakan haei terakhir untuk orang ramai mendaftarkan maklumat mereka dalam sistem PADU.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sebelum ini menyasarkan 50 peratus penduduk Malaysia mendaftarkan maklumat mereka dalam sistem PADU.

Angka 30.08 juta itu berdasarkan data pentadbiran sedia ada, yang mana 21.97 juta daripadanya adalah orang dewasa berumur 18 tahun ke atas.

Sementara itu, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam laporan bernama dipetik berkata, beliau optimis sasaran 50 peratus orang mendaftar dan mengemas kini maklumat peribadi mereka dalam sistem PADU dapat dicapai menjelang tengah malam ini.  

"Untuk mencapai sasaran ini, 1,902 kaunter pendaftaran fizikal di seluruh negara dibuka sehingga 5 petang hari ini.
Next Post Previous Post