Dua Mangsa Kebakaran Kampung Tebelu Ceria Sambut Aidilfitri Di Rumah Baharu

SEBUYAU-- Sambutan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat dua keluarga di Kampung Tebelu di sini selepas mendapat rumah baharu menjelang Hari Raya Aidilfitri tida lama lagi.

Mereka ialah Khairuddin Francis Abdullah dan Andika Razali yang hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka terbakar tahun lepas.

Majlis penyerahan kunci kepada keluarga terbabit disempurnakan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi hari ini.

"Kedua-dua mangsa kebakaran ini dibantu melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)," kata Julaihi.

Katanya, projek pembinaan rumah yang setiap satu bernilai RM79,000 itu dilaksanakan melalui Pejabat Daerah Sebuyau. 

Sementara itu, kedua-dua penerima merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana membantu mereka mendapatkan sebuah rumah yang lebih selesa.

Hadir sama wakil Pegawai Daerah Sebuyau, Tahir Putih dan Pemanca Masyarakat Melayu Daerah Sebuyau, Pemanca Asli Yahya.
Next Post Previous Post