Dicekup bawa rokok, arak seludup guna pikap

MIRI— Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Miri berjaya merampas pelbagai jenis minuman keras dan rokok seludup bernilai 
RM142,506.25 selepas menahan dan memeriksa sebuah pikap di tepi jalan Limbang Utara, Taman Tunku , di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu, berkata pemeriksaan menerusi Op Taring Kontraban itu dilakukan seramai empat anggota Polis Marin Miri sekitar 11 pagi.

“Pemeriksaan menemukan pelbagai jenis rook dan minuman keras pelbagai jenis tidak bercukai.

“Siasatan mendapati individu tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah daripada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan ditahan di bawah AKta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebuah pikap membawa arak, rokok seludup ditahan di tepi jalan Limbang Utara, Taman Tunku, Miri semalam. Gambar ihsan Polis

Semua rampasan dan tangkapan diserahkan kepada pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Miri untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. 
Next Post Previous Post