Akmal sengaja tunggang isu stokin demi populariti, Tiong

KUALA LUMPUR— Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing mendesak Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berhenti menunggang isu stokin yang tertera perkataan “Allah” di KK Super Mart untuk meraih modal politik peribadi.

Beliau berkata, isu stokin yang tertera perkataan "Allah" di KK Super Mart terus diperkatakan, walaupun pihak pengurusan pasar raya telah memohon maaf setelah menyedari insiden itu berlaku tanpa disengajakan malah berjanji untuk memastikan kejadian sama tidak berulang dan bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa.

“Apabila pengamal media meminta komen saya berhubung isu ini, saya mengatakan bahawa 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚 𝐔𝐌𝐍𝐎, 𝐀𝐤𝐦𝐚𝐥 𝐒𝐚𝐥𝐞𝐡 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐬𝐮 𝐢𝐧𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐢𝐡 𝐦𝐨𝐝𝐚𝐥 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐛𝐚𝐝𝐢, 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐨𝐬𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐚𝐫𝐦𝐨𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐝𝐢 𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐢𝐧𝐢. 

“Bukan sahaja segera tampil memohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan, malah pihak KK Super Mart juga bertindak pantas mengeluarkan produk tersebut daripada rak jualan yang terdapat di cawangan berkenaan.

“Oleh yang demikian, semua pihak seharusnya bertenang dan tidak lagi 'menyimbah minyak ke api' yang sedang mahu reda. Sebaliknya, berilah peluang kepada pihak KK Super Mart membetulkan kesilapan,” kata King Sing di Facebooknya hari ini.

Ahli Parlimen Bintulu itu menambah, tindakan Akmal berterusan memanipulasi isu itu semata-mata untuk kepentingan politik peribadi, satu perbuatan yang memalukan. 

Katanya, 𝐀𝐤𝐦𝐚𝐥 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐢𝐬𝐮 𝐢𝐧𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐡𝐞𝐫𝐨. 𝐆𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐬𝐚𝐬𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐠𝐢𝐭𝐮 𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧, 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐢𝐧𝐢 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐣𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐣𝐚𝐠𝐮𝐡 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐝𝐚.

“Sikap angkuh Akmal dalam isu ini menimbulkan sentimen perkauman dan telah menjejaskan pembangunan negara serta perpaduan negara secara serius.

“𝐀𝐤𝐦𝐚𝐥 𝐦𝐞𝐬𝐭𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐞𝐫𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐞𝐧𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫-𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐬𝐮 𝐢𝐧𝐢. 𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐡𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐮 𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐮𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐢𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐦𝐚𝐥 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐥𝐚𝐭𝐟𝐨𝐫𝐦 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐭𝐚𝐭𝐮𝐬𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐣𝐚𝐫 𝐚𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐛𝐚𝐝𝐢𝐧𝐲𝐚.

“Saya lebih bimbang sekiranya pemimpin kanan UMNO tidak mempedulikan gelagat dan sikap Akmal selaku Ketua Pemuda UMNO, maka ini akan mengakibatkan rakyat terus berpandangan negatif terhadap UMNO malah tidak mustahil UMNO terus ditolak oleh rakyat yang cintakan keamanan, perpaduan dan dahagakan politik matang,” kata King Sing.

Beliau menggesa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, supaya bertindak tegas terhadap keangkuhan dan sikap keterlaluan Akmal yang juga seorang Exco Negeri Melaka.

Menurut Tiong, beliau 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐮𝐦𝐛𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐮𝐚𝐬 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐬𝐢𝐤𝐚𝐩 𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐡 𝐀𝐤𝐦𝐚𝐥. Jika tidak diperbetulkan segera, ini mungkin memberi kesan negatif kepada perkembangan politik Melaka pada masa hadapan.

“Saya percaya bahawa sebagai sebuah perusahaan perniagaan, KK Super Mart telah banyak menyumbang dan memberi manfaat kepada masyarakat kita, terutamanya dalam meningkatkan ekonomi serta mewujudkan peluang pekerjaan. Ini fakta dan realiti yang tidak dapat dinafikan.

“𝐌𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐞𝐥𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐢𝐥𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮. 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐤𝐞𝐝𝐚𝐢 𝐊𝐊 𝐒𝐮𝐩𝐞𝐫 𝐌𝐚𝐫𝐭 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐬𝐭𝐨𝐤𝐢𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧 '𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡' 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐚 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐤𝐞𝐜𝐮𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢. Oleh itu, penting untuk kita bertolak ansur dan menerima permohonan maaf ikhlas syarikat tersebut dengan hati yang terbuka.

“Saya juga amat percaya sekiranya isu stokin yang tertera kalimah “Allah” ini semakin tidak terkawal, sudah pasti ia akan menjejaskan hubungan harmoni antara kaum dan juga merosakkan ekonomi serta imej negara.

“Pada masa ini, KK Super Mart mempunyai melebihi 800 cawangan di seluruh negara, dan pekerjanya terdiri daripada pelbagai kaum termasuk pekerja Melayu. 𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐤𝐨𝐧𝐭𝐫𝐨𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢 𝐬𝐭𝐨𝐤𝐢𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐦𝐞𝐦𝐮𝐧𝐜𝐚𝐤, 𝐢𝐚 𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐰𝐮𝐣𝐮𝐝𝐤𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐤 𝐥𝐚𝐠𝐢, 𝐢𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐞𝐣𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐩𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚. 𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐢𝐧𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐤𝐦𝐚𝐥 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭?”, katanya.

“Maka, saya menggesa semua pemimpin politik supaya bertenang dan menghentikan pertelagahan. Sebaliknya, berikan sepenuh tumpuan terhadap agenda membangunkan negara demi kebaikan rakyat,” katanya.
Next Post Previous Post