Untung RM400 tapi rugi RM132,330, nasib peniaga di Sibu diperdaya pelaburan online

KUCHING--Seorang peniaga di Sibu hanya memperolehi keuntungan RM400 namun mengalami kerugian RM132,330 selepas terpedaya penipuan pelaburan dalam talian.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, mangsa lelaki berusia 60-an itu pada awalnya tertarik dengan pelaburan ‘bitcoin’ menggunkan aplikasi ‘Ddex’. 

"Pada bulan September 2023 yang lalu, mangsa telah menerima mesej melalui messenger nama Facebook: Jingyun Shu di mana telah menawarkan pelaburan wang 
kepada mangsa. 

"Mangsa berminat untuk menyertai pelaburan wang tersebut dan belajar mengenai pelaburan bitcoin daripada individu yang dikenali sebagai Smallstawberry melalui talian. 

"Mangsa dijanjikan mendapat keuntungan selepas 3 hingga 4 jam daripada deposit wang yang pertama dilakukan dalam aplikasi Ddex," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mancha, sepanjang awal hingga penghujung November 2023, mangsa telah melakukan sebanyak 22 transaksi pembayaran melalui pemindahan wang secara atas talian ke empat akaun bank yang berbeza melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM132,330.

"Hasil keuntungan daripada pelaburan dibayar menggunakan matawang USD dan mangsa hanya mendapat keuntungan sebanyak RM400," jelasnta.

Namun, katanya wang keuntungan tersebut telah dikreditkan ke akaun 
aplikasi ‘Ddex’ namun wang berkenaan tidak dapat dikeluarkan kerana 
mangsa perlu membuat pembayaran deposit atau jaminan terlebih 
dahulu.

Berikutan itu tegas beliau kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu dan dengan cara tidak jujur mendorong supaya harta diserahkan yang membawa 
hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun, dan dengan sebat, dan bolehlah juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Oleh itu, Mancha menasihati orang ramai hanya membuat pelaburan di platform yang betul serta berdaftar dengan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sahaja. 

"Jangan sesekali menekan pautan atau memuat turun aplikasi melalui android package kit (apk) yang tidak diketahui kesahihannya.

"Orang ramai juga dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat kewangan dari ejen yang berdaftar sahaja tentang sesuatu pelaburan," ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.