SPRM Kesan Tang Kuok Sing, Saksi Utama Perbicaraan Kes Di Mahkamah


KUALA LUMPUR -- Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu sebuah kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur.

Lelaki tersebut, Tang Kuok Sing, 51, yang mempunyai alamat terakhir di No. 150, Lorong Lapangan Terbang 51, Jalan Lapangan Terbang, 93450 Kuching, Sarawak.

Individu ini merupakan saksi utama bagi sebuah kes dan amat diperlukan dalam perbicaraan seterusnya, namun gagal dikesan SPRM.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu
terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat, Zainin bin Sarif Majan di talian 03-88700331 atau 019-8699370 atau emel kepada zainin.sarif@sprm.gov.my .
Next Post Previous Post