Sarjan trafik disiasat, miliki wang tunai lebih RM3,000 semasa ‘road block’

PETALING JAYA— Seorang anggota polis berpangkat sarjan disiasat selepas didapati memiliki wang tunai berjumlah RM3,753 sewaktu Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Alkohol, di sini, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tindakan itu diambil selepas pasukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman melakukan pemeriksaan ke atas anggota terbabit di lokasi SJR itu.

“Saya mengesahkan satu pemeriksaan di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, pada jam lebih kurang 2.30 pagi terhadap sebuah unit trafik yang sedang menjalankan tugas Op Alkohol.

“Pemeriksaan JIPS mendapati seorang daripada anggota trafik tersebut memiliki wang tunai lebih kurang RM3,313 dan RM440 di dalam kereta, disyaki melakukan rasuah dan perlanggaran prosedur trafik,” katanya dalam kenyataan.

Hussein menambah, satu kertas siasatan tatatertib telah dibuka mengenal pasti sumber wang tunai terbabit jika terdapat unsur rasuah atau pelanggaran prosedur trafik.

Tegasnya, kesemua anggota yang terlibat dalam siasatan ini akan dikeluarkan dari bahagian penguatkuasaan sehingga siasatan selesai.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.