Remaja dilaporkan hilang

KUCHING-- Seorang remaja perempuan dilaporkan hilang sejak 3 Februari lalu dari kediamannya di Bau dekat sini.

Ketua Polis Polis IPD Bau DSP Jawai Francis Kempas yang mengesahkan telah menerima laporan berhubung kehilangan itu berkata, nenek mangsa tampil membuat laporan polis memaklumkan kehilangan mangsa.

Jelasnya, mangsa dikenali sebagai Crystal Tan Jing Jing berusia 18 tahun.

"Kertas siasatan telah dibuka berhubung kehilangan ini.

"Sehubungan itu, orang ramai yang menjumpai mangsa boleh memaklumkan segera kepada pihak polis," ujarnya.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi ahli keluarga mangsa di talian 010-9885652 (Terence Tan) jika ada terjumpa mangsa.

Difahamkan, kali terakhir mangsa dilihat pada 3 Februari di Jalan Ong Ah Kin, Bau dengan memakai baju putih dan berseluar hitam.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.