Remaja lelaki tersepit di bahagian tempat duduk, 4WD dipandu terbabas ke dalam parit tepi jalan

BINTULU -- Seorang remaja lelaki nyaris maut selepas 4WD yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit tepi jalan di Jalan Sibiyu malam tadi.

Ketua JBPM Zon 5 Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, sepasukan anggota dari BBP Bintulu bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 11.11 malam.

Sampai di lokasi ujarnya, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan kendiri yang melibatkan sebuah 4WD yang terjatuh ke dalam parit.

"Pemeriksaan yang dijalankan mendapati terdapat seorang mangsa tersepit pada bahagian kerusi duduk pemandu hadapan lalu bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan stabiliser," jelas beliau.

Selepas berjaya dikeluarkan, mangsa diserahkan kepada pasukan EMRS untuk rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.

Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba bertolak semula balik ke balai.
Gambar BBP Bintulu
Next Post Previous Post