Premier Sarawak dan isteri teruskan ziarah Tahun Baharu Cina Di Miri

Datuk Patinggi Abang Johari (tiga, kanan) dan isteri Datuk Amar Juma’ani (dua, kanan) bersama Datuk Amar Awang Tengah, Dr Sim dan Temenggong Yong menggaul Yee Sang sempena kunjungan Tahun Baharu Cina di Miri hari ini. Gambar ihsan UKAS

MIRI—Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meneruskan ziarah hari ketiga sempena Tahun Baru Cina dengan mengunjungi kediaman beberapa pemimpin, tokoh korporat serta ketua masyarakat di sini.

Beliau memulakan kunjungan di kediaman Menteri Pengangkutan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin.

Abang Johari dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang yang tiba pada jam 11 pagi meluangkan masa kira-kira sejam di kediaman Dato Sri Lee.

Hadir sama Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Professor Dr Sim Kui Hian serta isteri, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Sarawak (SCCI) Datuk Abang Abdul Karim Tun Datuk Abang Openg.

Selain itu, turut hadir Timbalan-Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee dan Datuk Dr Penguang Manggil, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Rosey Yunus serta dif-dif kenamaan yang lain.

Selepas di situ, Datuk Patinggi Abang Zohari meneruskan kunjungan di kediaman Presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Miri, Ling Chiong Sing.

Ia disusuli dengan kunjungan di kediaman Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shin Yang, Tan Sri Datuk Ling Chiong Ho.

Pada sebelah petang, Premier Sarawak meneruskan kunjungan di kediaman Temenggong Yong Vui Seng.

Beliau mengakhiri kunjungannya di kediaman Pengerusi Persatuan Penanam Bahagian Miri, Jong Tze Khiun.


Gambar ihsan UKAS/Jabatan Premier Sarawak
Next Post Previous Post