Pembangunan infrastruktur asas di kawasan seliaan DBKU tetap diutamakan-Abang Johari

KUCHING-- Pembangunan infrastruktur asas tetap menjadi keutamaan dalam perancangan jangka panjang bagi kawasan seliaan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) .

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, infrastruktur seperti jalan raya penting dipertingkatkan bagi mennghadapi pertambahan jumlah penduduk di kawasan DBKU.

"Ini penting bagi menghadapi peningkatan jumlah penduduk di kawasan DBKU dan infrastruktur utama yang akan dipertingkatkan adalah jaringan jalan raya yang menghubungkan terus beberapa kawasan," katanya pada Majlis Makan Malam Bersama Kejiranan Mesra (KJM) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, malam Rabu.

Abang Johari memberitahu, projek-projek melibatkan pembukaan jalan-jalan baharu secara tidak langsung membolehkan pihak kerajaan membuka kawasan perumahan baharu bagi menampung jumlah penduduk yang semakin meningkat.

“Seperti mana yang disebut oleh Datuk Bandar DBKU, kita akan membangunkan sistem jalan raya dari Bulatan Yayasan Sarawak terus ke Pantai Damai yang akan mempunyai empat lorong termasuklah laluan khas untuk Transit Aliran Autonomi (ART), laluan berbasikal dan lorong pejalan kaki.

“Kita boleh membuka skim perumahan baharu. Orang Kuching semakin bertambah.  

"Jadi kita akan mempunyai kawasan-kawasan baharu yang boleh kita buat projek perumahan yang berkualiti untuk rakyat kita,” tambahnya.

Selain itu, beliau berkata, kos perlaksanaan projek-projek ini nanti akan menelan perbelanjaan yang besar.

"Saya yakin dengan kewangan Sarawak sekarang yang kukuh akan membolehkan ia dilaksanakan seterusnya memberi manfaat kepada rakyat di Sarawak khususnya di kawasan DBKU," ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.