Lambang ikonik pelancongan Sarawak, kepala ular tedung di Taman Negara Bako runtuh

Struktur batu menyerupai kepala ular di Taman Negara Bako sebelum dan selepas runtuh

KUCHING— Sea stack batu berbentuk kepala ular tedung yang menjadi tarikan pelancongan di Taman Negara Bako, di sini dilaporkan runtuh hari ini.

Berdasarkan perkongsian tular di media sosial, kehilangan struktur unik itu disedari petang tadi.

Punca sebenar berlakunya runtuhan terhadap struktur unik itu belum dikenalpasti.

Penduduk tempatan berkata, runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hakisan dan gelombang kuat sejak dua tiga hari yang lepas.

Struktur ini mempunyai reka bentuk unik kerana menyerupai kepala ular tedung yang muncul dari air. 

Pada 2020, Tusan Cliff atau batu kepala kuda yang menjadi lambang ikonik pelancongan di Pantai Trusan, Bekenu turut runtuh berpunca daripada faktor alam semula jadi.
Next Post Previous Post