Kampung Pusa dilanda ikan terusan

KUCHING-- Penduduk Kampung Pusa kini dilanda 'jackpot terusan' yang dikatakan tengah musim ikan tersebut di sungai kampung tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook milik Andilah Andilah, para nelayan di situ kini membanjiri sungai di kampung tersebut untuk menangkap ikan terusan.

Malah, ada di kalangan nelayan berjaya menangkap ikan berkenaan dalam jumlah yang banyak sekali gus boleh dianggap 'menerima durian runtuh' atau menang 'jackpot'.

Mana tidaknya limpa ikan berkenaan boleh dijual hingga mencecah harga ribuan ringgit sekilogram.

Dalam hantara itu, netizen juga berharap para nelayan tidak menggunakan pukat tunda untuk menangkap ikan tersebut bagi memelihara populasi hidupan sungai di situ.

"Janji Sungai Kampung Pusa tidak dikacau dengan pukat tunda, pasti banyak ikan," kata Daw U Nasir Rockers.

Pada masa sama netizen mengalu-alukan orang ramai untuk turun menjala ikan di sungai berkenaan.
Next Post Previous Post