1.29 juta pengguna kategori perumahan hadapi kenaikan bil elektrik

PUTRAJAYA— Sejumlah 1.29 juta atau 15.7 % pengguna kategori perumahan di Semenanjung yang menggunakan elektrik melebihi 600kWj akan mengalami peningkatan bil bulanan berikutan kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada enam peratus kepada lapan peratus berkuat kuasa mulai 1 Mac.

Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) menerusi kenyataan berkata, berdasarkan kenaikan SST itu, pengguna kategori perumahan terbabit akan mengalami kenaikan bil bulanan antara 0.01 sen hingga RM45.48 sebulan atau kosong peratus hingga 1.66 peratus sebulan.

Berdasarkan pengumuman ini, sejumlah 84.3 peratus atau 6.96 juta pengguna kategori perumahan di Semenanjung tidak terjejas dan masih tidak dikenakan,” katanya hari ini.

“Subsidi yang dilaksanakan secara bersasar ini merupakan antara pendekatan Kerajaan dalam memastikan subsidi diberikan kepada rakyat yang memerlukan.

“Pengguna disaran untuk merujuk kepada bil elektrik bulanan masing-masing bagi memantau penggunaan elektrik dan subsidi yang diberikan.

“Selain itu, pengguna juga boleh menganggarkan kos bil elektrik bulanan pada masa akan datang dengan menggunakan kalkulator tarif elektrik yang dapat dicapai melalui laman sesawang myelectricitybill.my,” katanya.

PETRA menambah,semua pengguna adalah digalakkan untuk mengamalkan penggunaan elektrik secara berhemah melalui penggunaan peralatan elektrik cekap tenaga. 

Terdapat pelbagai cara mudah yang boleh dilakukan untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, antaranya memanfaatkan pemberian e-rebat sehingga RM400 yang diberikan oleh Kerajaan melalui program SAVE 4.0.
Next Post Previous Post