Ular tedung selar sepanjang 4 meter sembunyi dalam stor ditangkap

SERIAN -- Penghuni sebuah kediaman di Kampung Rimba Padi di Jalan Enssengei di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor ular tedung selar sepanjang 4 meter dalam stor rumah miliknya tengah hari tadi.

Sepasukan anggota dari BBP Serian bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 12.25 tengahari bagi menjalankan khidmat khas menangkap reptilia berbisa itu.

"Sampai di lokasi dinyatakan, pasukan bomba mendapati terdapat seekor ular tedung selar sepanjang 4 meter berada di stor rumah tersebut," ujarnya.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak menangkap ular terbabit menggunakan teknik menjerut dan usaha menangkap ular itu mengambil masa selama 25 minit.

Sejurus berjaya ditangkap, ular tedung selar otu kemudiannya dibawa ke lokasi hutan yang terletak jauh dari penempatan manusia dan dilepaskan semula sebelum operasi ditamatkan pada jam 1.27 petang.

"Mujurlah tiada insiden yang tidak diingini berlaku akibat daripada pencerobohan reptilia berbisa itu ke dalam kawasan penempatan penduduk," tambahnya.

Gambar PGO Sarawak
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.