Sarawak Energy Kerugian RM28,000 Akibat Kegiatan Curi Elektrik

KUCHING, 13 Jan - Sarawak Energy kerugian kira-kira RM28,000 ekoran terbongkarnya tiga aktiviti kecurian elektrik menerusi penggunaan kabel elektrik bawah tanah tanpa kebenaran di Stutong Height, baru-baru ini. 

Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam satu kenyataan berkata, aktiviti haram itu dikesan hasil operasi bersama pihaknya dengan kerjasama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Bukti kecurian kuasa telah disahkan selepas penghadang konkrit dialihkan, mendedahkan kabel menoreh terus dan tanda-tanda gangguan elektrik,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, pemilik ketiga-tiga premis itu kini dalam siasatan.

Jika disabit kesalahan di bawa Seksyen 33(5) Ordinan Elektrik, merea boleh dikenakan hukuman denda RM100,000 atau hukuman penjara sehingga lima tahun.

SEB turut meminta individu yang mempunyai maklumat berkaitan kecurian elektrik agar melaporkannya melalui pusat penjagaan pelanggan Sarawak Energy di 1300-88-3111 atau melalui e-mel
customercare@sarawakenergy.com.

#BilikBeritaCATS #catsfm
Next Post Previous Post