M40 berkeluarga duduk di bandar setaraf B40

Gambar Kredit Unsplash

KUALA LUMPUR — Isu kos hidup yang didepani rakyat khususnya dalam aspek pendidikan dan pembangunan usahawan akan diberi tumpuan, kata Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, golongan M40 berkeluarga yang tinggal di bandar dengan pendapatan isi rumah RM8,000 sebulan, berdepan cabaran sama seperti kelompok B40.

"Saya bersetuju dengan maklumbalas bahawa pendapatan isi rumah M40 RM8,000 kalau anak empat duduk di bandar cukup membebankan dan setaraf B40. InsyaAllah MARA ambil kira ini," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau memberi jaminan
akan memberi pertimbangan sewajarnya kepada golongan M40 supaya turut berpeluang menikmati kemudahan pendidikan dan pembangunan usahawan yang disediakannya.

Asyraf Wajdi berkata, adanya sistem PADU yang mengintegrasikan semua data-data daripada pelbagai agensi Kerajaan, MARA juga akan mengambil manfaat untiuk mendapatkan status ekonomi keluarga bagi tujuan pendidikan dan pembangunan usahawan di bawah ekosistem MARA.
Next Post Previous Post