Hujan berterusan di Sarawak Khamis dan Jumaat ini

KUCHING— Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran jangkaan hujan berterusan di Sarawak dan Timur Sabah pada Khamis dan Jumaat ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di sini hari ini berkata, ini berikutan peningkatan kelembapan yang dibawa angin timuran ke kawasan berkenaan.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, berdasarkan analisis model-model cuaca, keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan terbabit.

“MET Malaysia juga telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan di Sarawak pada hari yang sama,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook MET Malaysia di sini, hari ini.

Beliau menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
Next Post Previous Post