Datuk Bandar Kuching Selatan: Anjing positif rabies ditangkap di Lrg Keranji.

KUCHING -- Anjing yang menggigit dan mencederakan tiga dewasa, kanak-kanak dan seekor lagi anjing di Lorong Keranji 4, 4A2, dan 4A4 Tabuan Desa Indah, Sabtu lepas, telah disahkan positif rabies. 

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata seekor lagi anjing positif rabies yang telah menggigit seorang mangsa turut ditangkap di kawasan berhampiran.



“Ia sebenarnya telah diserahkan kepada MBKS (Majlis Bandaraya Kuching Selatan) oleh pemiliknya selepas ia menggigit seorang kakitangan mereka, dan kakitangan MBKS telah pergi ke rumah mereka untuk menangkapnya.

“Ia ditangkap tidak jauh dari tempat anjing pertama ditangkap. Kedua-dua anjing itu disahkan positif rabies dan telah ditidurkan,” katanya.

Wee berkata, kesemua mangsa gigitan kini menerima rawatan rabies.
Next Post Previous Post