Waspada musim buaya mengawan

KUCHING— Penduduk terutama yang tinggal berhampiran sungai dinasihatkan berwaspada dengan ancaman buaya ganas berikutan musim mengawan reptilia itu sehingga Mac depan.

Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam kenyataan berkata, tinjauan mendapati jumlah dan aktiviti buaya meningkat sejak November dan dijangka terus melonjak sehingga Mac depan.

“Peningkatan ini disebabkan oleh musim mengawan buaya-buaya menyebabkan reptilia itu bertindak ganas, agresif selain datang dekat dengan kawasan perumahan.

“SFC menasihatkan orang awam sentiasa berwaspada dengan persekitaran, jauhkan haiwan ternakan dari sungai atau parit.

“Jangan mengambil tindakan sendiri jika terlihat buaya pada musim tengkujuh ini dan laporkan kepada SFC dengan segera,” katanya dalam kenyataan semalam.

SFC turut menasihatkan penduduk tidak membuang sampah dan sisa makanan ke dalam sungai yang boleh menarik perhatian buaya untuk menghampiri kawasan-kawasan perumahan.

“Hujan berterusan menyebabkan peningkatan air membolehkan buaya naik ke kawasan darat. 

“Selain itu, haiwan ternakan yang berdekatan dengan sumber air boleh menarik perhatian buaya terutamanya pada musim mengawan,” katanya.

Sebarang masalah berhubung buaya boleh menghubungi hotline SFC.
peningkatan jumlah dan aktiviti buaya sepanjang musim tengkujuh ini.

Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam kenyataan berkata, tinjauan mendapati jumlah dan aktiviti buaya meningkat sejak November dan dijangka terus melonjak sehingga Mac depan.

“Peningkatan ini disebabkan oleh musim mengawan menyebabkan buaya itu bertindak ganas, agresif selain datang dekat ke kawasan perumahan.

“SFC menasihatkan orang awam sentiasa berwaspada dengan persekitaran, jauhkan haiwan ternakan dari sungai atau parit.

“Jangan mengambil tindakan sendiri jika terlihat buaya pada musim tengkujuh ini dan laporkan kepada SFC dengan segera,” katanya dalam kenyataan semalam.

SFC turut menasihatkan penduduk tidak membuang sampah dan sisa makanan ke dalam sungai yang boleh menarik perhatian buaya untuk menghampiri kawasan-kawasan perumahan.

“Hujan berterusan menyebabkan peningkatan air membolehkan buaya naik ke kawasan darat. 

“Selain itu, haiwan ternakan yang berdekatan dengan sumber air boleh menarik perhatian buaya terutamanya pada musim mengawan,” katanya.

Sebarang masalah berhubung buaya boleh menghubungi hotline SFC.
Next Post Previous Post