Warga emas hilang hampir 4 jam ditemui mati dalam kawasan paya dan berlopak

MARUDI -- Seorang warga emas lelaki yang dilaporkan keluar dari kediamannya awal pagi tadi di Jalan Burung Tiong di Kampung Cina ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kawasan paya dan berlopak.

Jurucakap Pasukan Bravo BBP Marudi dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, mangsa yang dikenali sebagai Ngo Eh Min, 76, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan berair sedalam dua kaki sejurus menerima makluman berhubung kejadian pada jam 12.55 tengah hari.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba memulakan usaha pencarian mangsa dengan
menggunakan teknik pencarian secara permukaan di kawasan mangsa dilaporkan hilang.

Setelah hampir satu jam usah pencarian, mangsa akhirnya ditemui pada jam 1.20 petang sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan KKM yang menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa pada jam 1.45 petang.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Pada jam 9.30 pagi tadi, mangsa dikatakan telah keluar dari kediamannya, namun tidak balik semula ke rumah sehingga laporan dibuat oleh keluarga mangsa pada jam 12:55 tengahari di BBP Marudi.

Gambar BBP Marudi
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.