Remaja lelaki maut, motosikal ditunggang terjunam ke dalam longkang besar tepi jalan

MARUDI -- Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terjunam ke dalam longkang besar tepi Jalan Kampung Pemindahan di sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Carlroney Charlse berusia 15 tahun disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menjalankan pemeriksaan ke atas beliau.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota bomba dari BBP Marudi bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 7.20 pagi.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan yang melibatkan seorang mangsa yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran jalan utama yang mana motosikal dipercayai ditunggang mangsa turun berada dalam longkang bersebelahan mangsa.

Setibanya di lokasi, didapati benar ada mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri berada di dalam longkang berhampiran jalan utama.
Pasukan bomba seterusnya bertindak mengeluarkan mangsa yang berada di dalam longkang menggunakan pengusung.

"Sejurus berjaya dikeluarkan, pemeriksaan yang dijalankan oleh pasukan KKM mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," jelasnya.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post