Remaja lelaki maut, kereta dinaiki rempuh lori diparkirkan di hadapan SK Sedarat Engkelili Jalan Pan-Borneo

ENGKELILI -- Seorang remaja lelaki maut selepas kereta yang dinaikinya merempuh sebuah lori yang sedang diparkirkan di bahu jalan di hadapan SK Sedarat Jalan Pan-Borneo awal pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Bong Kuet Leong berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM sejurus berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dari kereta pada jam 9.30 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, sepasukan anggota dari BBP Betong dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 8.35 pagi.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya insiden kereta merempuh bahagian belakang lori yang mana terdapat seorang mangsa masih tersepit pada bahagian kerusi duduk penumpang hadapan," jelas beliau.

Maklumat pemandu bagaimanapun tidak dapat diketahui kerana sudah dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa ke hospital bagi diberikan rawatan lanjut.

Maklumat awal yang diterima ujarnya mendapati kemalangan berlaku berpunca daripada kereta terbabit dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah lori yang diparkir di bahu jalan semasa menjalankan kerja-kerja memunggah barang.untuk pembinaan jejantas di kawasan tersebut.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya sebelum menamatkan operasi menyelamat pada jam 9.40 pagi," tambah beliau.
Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post