Pekerja tersepit dalam parit tahan azab hampir 1 jam sebelum berjaya dikeluarkan

BINTULU -- Seorang wanita berusia 54 tahun yang sedang menjalankan kerja-kerja membersihkan parit di bangunan baru BDA di Kampung Jepak terpaksa menahan azab hampir satu jam apabila tersepit dalam parit berkenaan, petang tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 5 Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggota bomba dari BBP Bintulu bergerak ke lokasi insiden sejurus energy Panggilan kecemasan pada jam 4.59 petang.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat seorang lelaki yang tersepit pada bahagian bawah parit berkenaan," jelasnya.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan memecahkan bahagian atas parit dengan alat pemecah khas.

Mujurlah katanya keberadaan mangsa yang tersepit pada bahagian bawah parit itu diketahui sebelum panggilan kecemasan dibuat bagi mengeluarkan mangsa. 

Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba bertolak semula balik ke balai.
Gambar JBPM Bintulu
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.