Hampir 10 jam padamkan kebakaran gudang baja

SIBU— Sebuah gudang penyimpanan baja tanaman di Jalan Ding Lik Kong, di sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kebakaran pada jam 7.27 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah tiba di lokasi yang turut dibantu BBP Sibu Sentral. 

“Setibanya di lokasi kejadian, kebakaran melibatkan sebuah gudang penyimpanan baja tanaman dengan keluasan 100x120 kaki persegi.

“PKO bertindak membuat pemadaman dengan membentang dua aliran hos 200 kaki, empat pancutan nozel dan membuat pemadaman secara offensive menggunakan sumber air daripada pili bomba berhampiran.

“Penilaian awal mendapati kebakaran hampir 65 peratus, namun tiada melibatkan mangsa dan kemalangan jiwa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.22 petang.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.