Seorang maut, 4 cedera kemalangan dua kereta

SIBU—Seorang lelaki menemui maut selepas kereta Proton Saga yang dipandunya bertembung dengan Proton Exora di Simpang Lorong Ulu Oya 8, Jalan Ulu Oya di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya hari ini mengesahkan, mangsa maut dikenali sebagai Lungan Engkang berusia 53 tahun.

“Manakala tiga lagi penumpang dari kenderaan yang sama dan pemandu Proton Exora dilaporkan mengalami kecederaan," ujarnya.

Menurut beliau, sepasukan anggota BBP Sungai Merah dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 7 pagi.

Sampai di lokasi ujarnya, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan.

Pemeriksaan yang dijalankan pasukan perubatan Hospital Sibu mengesahkan pemandu Proton Saga telah meninggal dunia.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Sibu manakala tiga lagi mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital sama bagi diberikan rawatan lanjut.

Gambar PGO Sarawak
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.