RUU pengurusan karbon dibentang di DUN Sarawak
Datuk Dr Hazland (lima dari kiri) pada majlis Persidangan Alam Sekitar Borneo (BEnConf) 2023.Gambar ihsan UKAS |
KUCHING—Rang Undang-undang (RUU) berkaitan elektrik dan alam sekitar akan dibentangkan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada minggu depan.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, kedua-dua undang-undang baharu iaitu berkaitan elektrik dan persekitaran yang akan merangkumi semua perkara yang melibatkan karbon.
“Undang-undang tersebut tidak pernah disentuh dalam mana-mana sistem perundangan Malaysia mahupun di Sarawak sebelum ini.
“Penggubalan undang-undang tersebut adalah selaras dengan usaha kerajaan Sarawak dalam memperkasa lagi penggunaan tenaga hijau di negeri ini dalam usaha pengurangkan peningkatan suhu.
Beliau berucap pada perasmian Persidangan Alam Sekitar Borneo (BEnConf) 2023 di sini pada Rabu, lapor Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).
Dr Hazland sementara itu berkata projek solar terapung di Empangan Batang Ai sudah selesai dan kini mampu menjana tenaga sebanyak 50 megawatt.