Willie Mongin kecewa tiada peruntukan sukat NCR

KUALA LUMPUR— Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin kecewa dengan Belanjawan 2024 yang baharu dibentangkan berikutan tiada peruntukan untuk penyukatan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak.

Beliau berkata, kerajaan seolah-olah tidak mengambil peduli tentang permasalahan NCR yang sudah berlarutan sejak sekian lama.

“Kerajaan sebelum ini ada memperuntukan dana, tetapi kenapa peruntukan ini langsung tidak ada dalam Belanjawan 2024 ini yang kononnya bersifat adil dan ingin melihat Malaysia maju dan makmur.


“Saya amat kecewa dan terkilan kerana belanjawan tahun ini tidak ada peruntukan,” katanya dalam dalam sesi perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Negara pada Rabu.

Justeru, Willie memohon syorkan supaya Kerajaan Perpaduan memperuntukkan Dana Khas Penyukatan Tanah NCR ini kepada setiap kawasan parlimen di Sarawak yang ada kawasan NCR secara berterusan melalui Kerajaan Negeri sehingga masalah tanah NCR ini selesai.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.