Tiga remaja maut lumba haram di Balleh

Gambar Ihsan APM Kapit 

KAPIT — Tiga remaja lelaki termasuk dua pelajar sekolah menengah maut dalam kemalangan yang dipercayai berpunca daripada kegiatan lumba haram di Jalan Mujong, Ulak Tapang Balleh di sini petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kapit, DSP Rohana Nanu berkata, dalam kejadian itu mangsa berusia antara 15 hingga 23 tahun disahkan maut oleh pasukan paramediks di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

“Polis menerima laporan kemalangan daripada adik mangsa sekitar jam 5.30 petang.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa bergesel sesama sendiri sebelum terbabas ketika berlumba di Jalan Selirik,” katanya.

Rohana menambah, siasatan turut mendapati ketiga-tiga mangsa tidak mempunyai lesen memandu yang sah dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.