Buaya Niah ‘single’ mencari kaban

Tangkap layar video FB Harry Noel

BATU NIAH — Tular video buaya yang didakwa sebesar pintu kayu sedang berenang di Sungai Niah belakang Emart di sini.

Menurut perakam video tersebut, namun saiz sebenar buaya dewasa tersebut tidak dapat dilihat kerana di bawah air sungai yang keruh.

“Saya anggarkan panjang sembilan kaki. Dulu ada dua ekor namun sekarang hanya seekor kelihatan,” katanya yang berkongsi video itu di Facebook hari ini.

Menurutnya, buaya tersebut kelihatan ‘jinak’ kerana sering diberi makan bangkai ikan dan sisa makanan.

Seorang netizen berkata, dia berharap buaya itu menghargai kebaikan manusia yang memberikan makanan.

“Lama dah di belakang Emart, diberi sisa makan, harapnya kenal manusia,” katanya.

Seorang lagi netizen mencadangkan orang ramai yang mahu melihat buaya tidak perlu membayar tiket mahal di Taman Kuala baram.

“Duduk belakang Emart saja, sama juga rupa buaya tu dengan yang di taman,” katanya.
Next Post Previous Post