Polis tahan dua remaja belasah budak 12 tahun

Gambar tangkap layar video tular

KOTA SAMARAHAN— Dua remaja perempuan ditahan kerana memukul seorang budak perempuan berusia 12 tahun di sebuah perkampungan di kawasan Asajaya, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Brodie Brangka berkata, kedua-dua suspek ditahan selepas ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Kota Samarahan pada 10.33 malam, Sabtu lalu.

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Samarahan telah menjalankan tangkapan terhadap dua suspek yang terlibat berusia 13 tahun dan 16 tahun.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

“Selain itu hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau denda, atau kedua-duanya di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Brodie menambah, kertas siasatan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Sarawak untuk arahan selanjutnya.

Gambar tangkap layar video tular

Sementara itu hari ini polis mengesan sebuah video berdurasi 1.34 di Facebook memaparkan suspek dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas mangsa.

Mangsa bukan hanya ditendang, dipukul dan ditarik rambut malah tindakan itu dirakam oleh rakan suspek sebelum ditularkan
Next Post Previous Post