Gaduh depan rumah, remaja dipanggil polis
MIRI— Beberapa remaja yang terlibat dalam kes pergaduhan di halaman rumah yang tular di media sosial pada Ahad sudah dikenal pasti dan tindakan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima laporan berhubung video berdurasi 19 saat yang dimuat naik di Facebook itu pada jam 11.33 pagi semalam.
“Remaja yang terlibat dalam video itu sudah dikenal pasti dan mereka diminta tampil ke Balai Polis Pusat Miri untuk membantu siasatan.
“Punca pergaduhan masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan isu sensitif sehingga membantu siasatan pihak polis.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.