Dr Sim bangga anak "graduate" dari Swinburne, Sarawak

KUCHING-- Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bangga anaknya bergelar graduan Sarjana Muda Undang-undang dan Perakaunan Universiti Swinburne.

"Setinggi-tinggi tahniah kepada anak lelaki, Simson SIM Zhan Yao (yang berjaya menamatkan pengajian) bagi Sarjana Muda Undang-undang dan Perakaunan Universiti Swinburne.

"Sebagai ayah saya sangat gembira dan bangga. Kedua-dua anak lelaki kini bergelar Alumni Swinburne," kongsinya di Facebooknya.

Tambahnya, Enn merupakan kakitangan akademik perintis hampir 20 tahun di universiti berkenaan, membuktikan Swinburne Sarawak amat diyakini.
 
Pada masa sama Dr Sim turut berkongsi kisahnya yang terpaksa berhijrah ke Australia untuk mendapatkan pendidikan.

"Semasa generasi saya, saya terpaksa meninggalkan tanah air untuk ke Australia.

"Generasi anak saya, mereka boleh mendapatkan pendidikan Australia tanpa perlu berhijrah ke sana," katanya.

Jelasnya lagi, individu yang paling gembira dan bangga adalah ibu mereka Lim Su Kheng kerana tidak perlu terbang jauh untuk menghadiri majlis konvokesyen itu.

Majlis konvokesyen Swinburne Sarawak 2023 disempurnakan Premier Sarawak yang juga Pro Canselor Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Naib Canselor Prof Pascale Quester.
 
Swinburne Australia ditubuhkan pada 1908, dan menjadi universiti pada 1992.  

Kampus di Sarawak mula diwujudkan pada 2000 dan mempunyai lebih 10,000 alumni di sini dan 225,000 alumni seluruh dunia.
Next Post Previous Post