Dituduh curi besi, lelaki tampil berbincang dibelasah dan diacukan senapang

KUCHING-- Niat seorang pemuda untuk menjernihkan keadaan selepas mukanya ditular di media sosial bertukar tragedi apabila dia dipukul beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kedai di Jalan Datuk Stephen Yong di sini baru-baru ini.

Menurut sumber mangsa berusia 26 tahun itu dipukul sekumpulan lelaki yang dikatakan berlaku sekitar jam 11 malam di hadapan kedai tersebut.

Mangsa dipercayai telah dipukul oleh beberapa orang lelaki yang tidak dikenali menggunakan batang paip dan kayu besbol.

Malah, salah seorang daripada lelaki terbabit mengacukan senapang patah ke arah mangsa. 

Difahamkan perkara tersebut terjadi kerana sekumpulan lelaki terbabit menuduh mangsa memecahkan kedai dan mencuri besi di belakang kedai tersebut.

Mangsa yang dikatakan telah pergi ke kedai tersebut untuk berbincang secara baik dengan seorang pekerja perempuan kerana telah memviralkan gambarnya di dalam aplikasi Facebook.

Kata sumber akibat kejadian tersebut mangsa merasa sakit di seluruh badan. 

Kes masih dalam siasatan polis.
Next Post Previous Post