Bomba bantu keluarkan wanita cedera kemalangan

MIRI--Seorang wanita tidak dapat keluar selepas pacuan empat roda (4WD) dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dalam kemalangan kendiri di Jalan Miri By Pass malam tadi.

Mangsa berusia 53 tahun cedera pada bahagian bahu dan memerlukan bantuan bomba untuk keluar dari kenderaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggota BBP Lopeng bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 10.13 malam.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan yang melibatkan sebuah 4WD yang terbabas ke bahu jalan.

"Kemalangan melibatkan dua orang mangsa namun tiada mangsa yang tersepit," jelas beliau. 

Rakan mangsa yang merupakan seorang lelaki bagaimanapun tidak mengalami kecederaan. 

Mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal seterusnya diserah kepada pihak perubatan Hospital Miri dan di bawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya.


Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post