Bintang ‘Crazy Rich Asians’ Henry Golding dan isteri timang anak kedua

Henry dan isteri timang anak kedua. Gambar Instagram Henry Golding

KUALA LUMPUR— Bintang Crazy Rich Asians, Henry Golding timang cahaya mata kedua bersama pasangan Liv Lo.

Pelakon keturunan Iban-Inggeris berusia 36 tahun tersebut berkongsi berita gembira itu di Instagramnya, diiringi video Liv bersama anak perempuan mereka Lyla menyambut adiknya.

"Pengalaman bersalin ada pahit manis namun ia sesuatu yang hebat,” tulisnya hari ini tanpa mendedahkan jantina bayi itu.

Pasangan tersebut mengikat tali perkahwinan mereka pada 20 Ogos 2016 di sebuah resort yang terletak di Sarawak dan dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Lyla pada Mac 2021.

Beliau kini berpangkalan di Hollywood selepas mencipta nama menerusi filem pecah panggung Crazy Rich Asians pada 2018.

Henry yang mula menyerlah di Hollywood selepas tayangan Crazy Rich Asians pada 2018 bakal tampil dengan filem The Ministry of Ungentlemanly dan turut bergandingan dengan bintang popular seperti Henry Cavill, Eiza Gonzalez dan Alan Ritchson.

Filem arahan Guy Ritchie itu dijangka menemui penonton pada tahun 2024.
Next Post Previous Post