Ahli Perniagaan Chieng Lea Phing, Calon Parti Aspirasi di PRK Jepak

Bintulu -- Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) menempatkan seorang ahli perniagaan iaitu Chieng Lea Phing bagi bertanding dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Jepak yang akan diadakan tidak lama lagi.

Turut difahamkan bahawa Chieng menyertai Parti Aspirasi sejak tahun 2014 merupakan ahli perniagaan yang terlibat dalam perniagaan emas dan sektor pelancongan.

Nama Chieng diumumkan oleh Presiden Parti Aspirasi Lina Soo dalam acara penyerahan surat watikah yang diadakan bertempat di salah sebuah hotel terkemuka di Bintulu, hari ini.

Beliau dalam kenyataannya berjanji akan memberikan khidmat terbaik buat masyarakat di DUN Jepak sekirang dipilih menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan.

"Sebagai anak jati Bintulu, saya berjanji akan membantu penduduk menyelesaikan masalah mereka terutama masalah bagi mendapatkan title bagi tanah NCR termasuk kos kehidupan yang amat tinggi yang membebankan rakyat," jelas beliau.

Justeru itu ujarnya, rakyat di kawasan Jepak harus memberikan peluang buat beliau mewakili suara rakyat Jepak di sidang DUN bagi membolehkan masalah mereka diselesaikan.

Dengan slogan "satu suara, satu aspirasi, satu masa depan buat tiga juta rakyat Sarawak", Chieng yakin mampu membawa perubahan positif dalam pelbagai aspek kepada rakyat Jepak dan Bintulu secara amnya.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.