Projek sakit di Kampung Rantau Panjang akhirnya siap- Dr Sim

KUCHING-- Projek Tebingan Sungai Kampung Rantau Panjang yang dahulunya dikategorikan sebagai projek "sakit" akhirnya berjaya disiapkan oleh kontraktor penyelamat.

Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, projek yang menelan kos RM11.6 juta berjaya disiapkan dalam tempoh 15 bulan oleh kontraktor penyelamat.

"Projek tebingan sungai di Kampung Rantau Panjang sepanjang 450 meter dengan kos RM11.6 juta akhirnya disiapkan oleh kontraktor penyelamat dalam tempoh 15 bulan," katanya dalam hantaran Facebook Pusat Khidmat GPS DUN Batu Kawa.

Katanya, projek itu mula ditender pada 2019 secara tender terbuka namun khidmat kontraktor terdahulu ditamatkan susulan projek tersebut "sakit".

"Sebab itu penting untuk mempunyai kontraktor yang baik kerana selalunya projek sakit disebabkan tiada duit tetapi sekarang duit ada projek pun boleh 'sakit'," katanya.

Mengenai projek jambatan baharu di Kampung Rantau Panjang ke Taman Tebingan Batu Kawa baharu, Dr Sim berkata, ia dijangka ditender dalam masa terdekat dengan had siling ditetapkan RM1.85 juta dengan tempoh 12 bulan bersama enam bulan tempoh untuk pembinaan.

Selain itu, katanya tiga parit lama akan dinaik taraf ke parit konkrit di 

"Semua ini aksn dibuka tender dalam tempoh terdekat ini.

"Ia sebahagian daripada peruntukan RM120 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) untuk DUN Batu Kawah," katanya.

Kata Dr Sim lagi, bagi projek mitigasi banjir di Kampung Sinar Budi Baru Fasa 1 melibatkan pembinaan ban dan kolam takungan dengan anggaran siling sekitar RM20 juta yang mana tender terbuka akan dibuat dalam masa terdekat.

Terdahulu beliau bersama Pengarah Jabatan Saliran dan Pengairan (DID) Sarawak Ir Datuk Ahmad, Timbalan Pengarah DID Sarawak Ir Law Wee turun padang melawat kawasan tersebut.
Next Post Previous Post