Wanita sedang tidur dirogol 5 rakan abang ipar sambil dirakam

KUALA LUMPUR— Seorang wanita yang sedang tidur dipercayai dirogol secara bergilir-gilir oleh lima lelaki di kediamannya di Seksyen 2, Wang Maju di sini semalam.

Kejadian berlaku jam 3.30 pagi ketika mangsa berusia 27 tahun sedang tidur di dalam biliknya, lapor Buletintv3.

Menurut mangsa, dia tersedar apabila mulutnya ditutup dengan tangan oleh suspek yang juga dipercayai rakan kepada abang iparnya.

Menurut sumber, suspek mengikat tangan dan menutup mulut mangsa dengan pita pelekat sebelum mereka memperkosanya dan merakam perbuatan keji itu.

Mangsa kemudian melarikan diri menyebabkan dia cedera dan lebam di tangan.

‘Mangsa yang trauma dengan kejadian kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Kesemua suspek sedang dikesan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Next Post Previous Post