SPRM tahan 10 individu termasuk 5 pegawai penguat kuasa terima rasuah sehingga RM600,000

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak telah menahan 10 individu termasuk lima pegawai penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM600,000 daripada lima individu berbeza sebagai balasan bagi melindungi dan tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas kegiatan perjudian haram di sekitar Sarawak.

Sumber berkata, kesemua 10 suspek lelaki berusia antara 20-an hingga 40-an ditahan semalam antara kira-kira jam 4 petang hingga 11 malam dalam satu Operasi Khas yang dijalankan di Sibu dan Kuching.

“Kesemua pegawai penguat kuasa dipercayai melakukan kesalahan tersebut dari tahun 2019 lagi,” kata sumber itu lagi.

Susulan penahanan itu, kesemua suspek telah dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Kuching, Sarawak jam 9 pagi tadi dan Majistret Mason Jaro Lenya bin Barayan telah mengeluarkan perintah reman selama empat hari sehingga 16 September 2023.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Datuk Mohd Zaki Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.