Remaja lari dari rumah bersama teman lelaki

JASIN— Seorang remaja perempuan sempat meninggalkan nota memberitahu dia keluar rumah untuk mencari ketenangan, sebelum dipercayai melarikan diri bersama teman lelaki sejak Ahad lalu.

Remaja dikenali Nurwada Asmadi, 14, dilaporkan hilang setelah keluar dari rumahnya di Kampung Chohong, Chin Chin dan mengikuti teman lelaki yang tidak dikenali keluarganya, menurut Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kehilangan pelajar sekolah menengah itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin pada jam 10.32 pagi Isnin.

"Remaja terbabit masih bersekolah dengan butiran fizikal berketinggian sekitar 160 sentimeter dan berat 50 kilogram.

“Pegawai penyiasat telah berjumpa pengurusan sekolah untuk mendapatkan maklumat lanjut dan dipercayai teman lelakinya berusia belasan tahun namun tidak bersekolah," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, remaja terbabit turut meninggalkan sekeping nota dan memberitahu dia keluar rumah untuk mencari ketenangan selain membawa beg.
Next Post Previous Post