Projek penyiapan Jambatan Sebauh yang terbengkalai sejak 3 tahun lepas disambung semula

BINTULU: Kerja-kerja projek pemyiapan Jambatan Sebauh yang terbengkalai sejak 3 tahun lepas akan disambung semula oleh kontraktor baru, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Jelasnya,kontraktor yang baharu iaitu Hartanah Construction and Development Senderian Berhad akan mengambil alih kerja-kerja pembinaan jambatan yang 50.6 peratus siap.

"Saya yakin bahawa kontraktor yang baharu ini akan mampu menyiapkan dengan baik dan tepat pada masanya yang mengambil masa dua tahun pembinaan yang mana dijangka siap pada tahun 2025," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Uggah berkata demikian sejurus mengadakan lawatan kerja ke tapak projek pembinaan Jambatan Sebauh di Daerah Sebauh hari ini.

Sambil mengulas bahawa kontraktor sebelum ini yang hanya mampu menyiapkan separuh sahaja struktur jambatan yang mana setakat ini kos pembinaan jambatan ini menelan perbelanjaan sebanyak RM89 juta.

Disebabkan kegagalan kontraktor terbabit dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan, maka kerajaan bertindak menggantikan kontraktor baharu yang diyakini mempunyai kapabiliti dalam menyiapkan "projek sakit" ini dan mampu menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.