Polis buru dua lelaki, mohon bantuan orang ramai kenalpasti saspek

KUCHING-- Polis kini giat memburu dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes samun yang dilaporkan di Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, kedua-dua suspek dikehendaki untuk siasatan melibatkan kes di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (samun) di daerah Kuching.

"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching amat mengalu-alukan orang ramai untuk tampil memberi kerjasama jika mempunyai maklumat berkenaan kedua-dua individu ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Elvin Manjan di talian 012-8989877 atau pusat kawalan IPD Kuching di talian 082- 244444 atau menyalurkan maklumat di balai polis yang berhampiran.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.