Penunggang motosikal maut digilis kereta selepas langgar belakang lori

KOTA SAMARAHAN—Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di jalan Kampung Parang menghala ke Kampung Tambir malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8 malam tadi.

“Siasatan mendapati seorang lelaki berusia 24 tahun menunggang motosikal telah melanggar belakang lori.

“Akibat kemalangan itu, mangsa telah tercampak ke atas jalan dan digilis sebuah kereta Perodua Bezza dari arah bertentangan di jalan Kampung Parang menghala ke Kampung Tambir,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah kereta tersebut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Gambar ihsan PGO Sarawak
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.