Lelaki maut, dua cedera dalam kemalangan kendiri

KUCHING—Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Stapok Utama berhadapan Taman Seri Emas, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pemandu berusia 56 tahun itu tersepit di tempat duduk dan disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Komander Operasi Jeffry Sujal berkata, manakala penumpang iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan yang cedera berjaya dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan bomba.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Penumpang yang cedera telah dikejarkan ke hospital menggunakan EMRS Bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, sepasukan anggota dari Balai Bomba Batu Lintang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 10.15 malam.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.