Lelaki jatuh gaung sedalam 100 meter ketika cari cempedak

Mangsa berjaya dibawa keluar dan menunggu unit EMRS untuk dihantar ke hospital.

KUCHING—Selepas hampir 11 jam mengeluarkan seorang lelaki yang terjatuh ke dalam gaung sedalam 100 meter, pasukan bomba akhirnya berjaya mengeluarkan mangsa pada jam 11.05 pagi tadi.

Adalah difahamkan semasa kejadian, mangsa dikatakan keluar ke kebun bagi mencari buah cempedak di kebun Pangkalan Baru Jalan Stephen Yong.

Sepasukan anggota bomba dari BBP Batu Lintang bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 12.38 tengah malam tadi.

Menurut Komander Operasi, maklumat awal yang diterima dari rakannya yang terselamat berkata, semasa kejadian,kedua-dua mereka ke kebun bagi mencari buah cempedak. 

Dalam perjalanan ke kebun, mangsa terjatuh ke dalam gaung manakala rakannya terselamat dalam insiden terbabit.

"Rakan mangsa kemudiannya dibawa ke hospital oleh pihak KKM bagi diberikan rawatan lanjut," ujarnya.

Menurutnya, pasukan keluaran pertama tiba di lokasi kejadian pada jam 12.50 tengah malam seterusnya memulakan operasi SAR sebelum mangsa berjaya ditemui pada jam 2.30 pagi.

Semasa ditemui, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan patah kedua belah kaki lalu diberikan rawatan awal dari unit EMRS Bomba. 

Operasi mengeluarkan mangsa bagaimanapun belum dapat dijalankan kerana faktor hari yang masih gelap dan berbahaya.

Seterusnya, keluaran yang kedua tiba di lokasi insiden pada jam 8.22 pagi sebelum mangsa berjaya dikeluarkan dari gaung.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post