Lelaki alami kecederaan, kereta dipandu bertembung 4WD

KANOWIT: Seorang lelaki tersepit dan mengalami kecederaan selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda (4WD) di Jalan Pantu Mali pada jam 2.29 petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya mengesahkan, sepasukan anggota BBP Kanowit bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden bagi mengeluarkan mangsa tersepit dalam kereta.

"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Proton Iswara dan 4WD yang mana terdapat seorang mangsa tersepit dalam kereta.


Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudiannya bertindak melakukan kerja-kerja penyelamatan dengan menggunakan konsep SAVER, menggunakan peralatan khas RTA iaitu 'rescue tools".

Sejurus berjaya dikeluarkan, mangsa diserahkan kepada pihak ambulan dan dihantar ke Hospital Kanowit untuk tindakan selanjutnya.

Setelah mangsa-mangsa berjaya dikeluarkan dan keadaan didapati benar-benar selamat, maka operasi ditamatkan pada jam 3.30 petang sebelum bertolak semula balik ke balai.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post