Kanak-kanak lelaki terperangkap 30 minit dalam kereta diselamatkan

MIRI: Seorang ayah berhadapan dengan detik cemas selepas anak lelakinya yang masih kecil terperangkap dalam kereta di kediaman keluarga di Tudan Desaras pagi tadi.

Jurucakap BBP Lutong dalam kenyataannya berkata, sepasukan anggotanya dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 10 pagi.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat seorang kanak-kanak lelaki yang berusia lebih 1 tahun masih terperangkap dalam kereta," ujarnya.

Ketua pasukan kemudiaannya bertindak melakukan "size-up dan mengarahkan anggotanya menggunakan lock tool bagi membuka kunci pintu kereta.

Setelah pintu berjaya dibuka pasukan bomba bertindak mengeluarkan kanak-kanak berkenaan dari dalam kereta sebelum menyerahkannya kepada ayah beliau sendiri.

"Mujurlah tiada apa-apa yang berlaku, bagaimanapun kanak-kanak terbabit menangis disebabkan panik dan kepanasan," tambah beliau.

Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan alpha BBP Lutong bertolak semula balik ke balai.

Gambar BBP Lutong
Next Post Previous Post