Seorang maut, dua cedera, kereta dinaiki terbabas dalam kemalangan kendiri

LUNDU—Seorang lelaki maut manakala dua cedera selepas kereta dinaiki hilang kawalan lalu terbabas dalam kemalangan kendiri di Jalan Setunggang Ulu pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggota BBP Lundu bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima makluman berhubung kemalangan pada jam 11.22 pagi.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan yang melibatkan sebuah kereta model Perodua Myvi yang melibatkan tiga orang mangsa," ujarnya.

Pasukan perubatan KKM mengesahkan seorang mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi mangsa telah dihantar oleh pihak KKM dan EMRS ke hospital bagi diberikan rawatan lanjut.

Gambar PGO Sarawak
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.